Rakyat Pelabuhan Klang Derma RM 145,000 Pada Calon Pakatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Rakyat Pelabuhan Klang Derma RM 145,000 Pada Calon Pakatan

mb makan malam batu nilam tiga 02

PELABUHAN KLANG 2 MEI : Majlis makan malam bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Tinggi di sini semalam, berjaya mengumpulkan kira-kira RM 90,000 daripada orang tempatan yang berkerumun untuk mendengar amanat Menteri Besar Selangor itu.

mb makan malam batu nilam tiga 01


Manakala penyandang parlimen Lembah Pantai Nurrul Izzah Anwar berjaya mengutip RM 55,000 dalam satu derma kilat di makan malam itu di Batu Nilam Tiga.

Jumlah derma tersebut dikutip daripada penjualan tiket untuk 300 meja makan malam dengan kapasiti 10 orang semeja. Setiap peserta dicaj RM 30.

Tinjauan di lokasi acara tersebut mendapati semua meja habis dibeli dan diduduki pengunjung. Jualan meja bagi majlis itu dijalankan kumpulan sukarelawan yang pergi terus dari rumah ke rumah penduduk di situ.

Mereka yang hadir tetapi tidak sempat membeli tiket dilihat duduk di sekililing khemah bagi mendengar ceramah daripada enam pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Abdul Khalid.

Sambutan hebat daripada masyarakat tempatan menyangkal dakwaan bahawa pencalonan beliau di DUN Pelabuhan Klang tidak mendapat sokongan.

mb makan malam batu nilam tiga 04

Selain berkeyakinan PR akan kekal mentadbir Selangor buat kali kedua, bekas ADUN Ijok itu yakin PR berpeluang cerah ke Putrajaya untuk mengambilalih Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).

“Pada 5 Mei ini kita (PR) dijangka menang di peringkat Parlimen dengan sekurang-kurangnya 115 kerusi.

“Mari kita bekerjasama untuk itu,” kata Abdul Khalid sambil disambut dengan sorakan oleh hadirin.

Menurutnya, sokongan ditunjukkan rakyat membuktikan PR berjaya mentadbir Selangor dengan penuh ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Ini kalilah…Ini kalilah…Ini kalilah! Kita berusaha bersama. Bila kita menyambut kemenangan ini, rakyat akan menyambutnya. Rakyat Klang menyambutnya kerana mereka berhak mendapatkannya,” ujarnya lagi.

Penceramah lain yang hadir adalah penyandang DUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim; penyandang Parlimem Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago; penyandang DUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan calon DUN Kota Alam Shah, V Ganabati Rao.

Derma kilat turut dibuat bagi membantu Nurul Izzah yang berhadapan saingan getir daripada seorang menteri bagi mengekalkan Parlimen Lembah Pantai.

Nurul Izzah Calon BN, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin yang merupakan Menteri Willayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Sokongan ditunjukkan rakyat jelas tergambar apabila dalam masa kira-kira 30 minit sebanyak RM 55,000 dikutip khas untuk Nurul Izzah.

Provokasi dilakukan penyokong BN yang datang menaiki beberapa buah kereta bagi menganggu majlis itu ternyata gagal disebabkan hadirin tidak mempedulikan tindakan mereka.

mb makan malam batu nilam tiga 03

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION