NASIONAL SELANGOR

Rakyat Selangor Dijemput Hadir Majlis Kesyukuran Di Dataran Kemerdekaan

mb makan malam batu nilam tiga 03

SHAH ALAM, 6 MEI: Rakyat Selangor dijemput hadir ke majlis kesyukuran atas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Khamis malam, 9 Mei ini.

“Sebagai tanda terima kasih kita menjemput rakyat ke Dataran Kemerdekaan pada Khamis malam ini, 9 Mei untuk satu majlis kesyukuran sederhana dan ceramah,” ujar Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid lagi, selain menyediakan jamuan  sederhana, satu ceramah juga diadakan.

Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kuasa di Selangor dengan menakluk 44 daripada 56 kerusi Dewan Negeri Selangor, sekaligus menguasai dua pertiga kerusi DNS.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 lalu, PR Selangor berjaya menubuhkan kerajaan baru apabila berjaya memenangi 36 dari 56 DUN yang dipertandingkan.


Pengarang :