NASIONAL SELANGOR

Saifuddin Nasution Dijadikan “Political Liaison” Selangor

anwar khalid kongres ke 9 PKR 01

PETALING JAYA 26 MEI : Satu jawatan baru akan ditubuhkan dalam Pejabat Menteri Besar bagi Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang akan menjadi ?political liaison? atau pegawai perhubungan politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan ke 9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Katanya, jawatan itu akan mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan ?political liaison? yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat ini.

“Lantikan ini adalah bagi memperkasa pentadbiran Selangor bagi penggal kedua. Penubuhan political liaison ini dibuat bagi menterjemahkan asas perjuangan parti dalam bentuk pelaksanaan politik yang tidak terlalu rigid (ketat),” katanya.

Jelasnya, jawatan itu juga bagi melicinkan hubungan antara kerajaan negeri dengan program yang melibatkan parti Pakatan, dan proses pelantikan Saifuddin itu akan diserahkan kepada Khalid untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Abdul Khalid menyambut baik perlantikan Saifuddin itu kerana jawatan itu akan menguruskan hal ehwal politik dalam negeri.

?Ada rakan beritahu saya, saya tidak reti permainan politik. Untuk itu saya terima asas perjuangan parti mesti diterjemahkan kerana ia beri peluang untuk lakukan perubahan.

?Perubahan itu akan membawa kepercayaan bahawa kita boleh gerak ke hadapan. Sebab itu saya terima.

?Ia adalah sebuah pejabat yang akan menempatkan mereka yang benar-benar tahu tentang usaha-usaha perkembangan politik dalam negeri,? katanya lagi.

?Pelaksanaan politik kalau ikut pengurusan yang terlalu kaku, ia tidak memberi peluang untuk membuat beberapa perubahan. Jadi perubahan itu perlu bawa kepada kepercayaan yang boleh mengerakkan kita ke depan dengan rakyat,? tambahnya.


Pengarang :