Siasat PRU 13 Terima 237 Aduan, Lebih 25 Laporan Polis Dibuat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Siasat PRU 13 Terima 237 Aduan, Lebih 25 Laporan Polis Dibuat

rafizi pc white stripes 02

PETALING JAYA, 13 MEI: Pasukan siasatan penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (#Siasat PRU-13) PKR mengumumkan sehingga kini pasukan yang diketuai Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli itu sudah menerima 237 aduan daripada pengundi.

Menurut Rafizi juga, setakat ini pihaknya dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya 25 laporan polis sudah dibuat oleh pengundi di seluruh negara.


Selain laporan polis, sekurang-kurang tiga pengundi lain turut membuat akuan bersumpah bagi menyokong dakwaan mereka.

Antara laporan polis dan aduan kepada #Siasat PRU-13 itu termasuklah aduan pengundi sah yang dinafikan hak mengundi kerana namanya terlebih dahulu digunakan pihak lain untuk mengundi dan isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Proses pengumpulan maklumat yang masih berjalan itu turut menumpukan empat lagi jenis kesalahan pilihan raya seperti yang dilaporkan pengundi di seluruh negara.

Antaranya kewujudan pengundi yang tidak dikenali tetapi didaftarkan di sebuah alamat yang mana penghuni asalnya tidak mengenali pengundi tersebut.

“Kesalahan SPR seperti tindakan menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula atau tidak memberikan salinan Borang 14 seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Selain itu, kehadiran pengundi yang disyaki warganegara asing, diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi turut menjadi tumpuan pasukan yang diketuai Ahli Parlimen Pandan itu.

Bukti tersebut dikumpulkan bagi tujuan memfailkan petisyen selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengazetkan keputusan PRU-13 yang dijangka akan dibuat dalam minggu ini.

Pasukan tersebut ditubuhkan Pakatan bagi menyiasat dakwaan terdapat pelbagai penyelewengan dan penipuan yang berlaku sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

 

 

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION