NASIONAL SELANGOR

Suara Rakyat 505 : Dua Pemimpin Ditahan – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 23052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, mengaku tidak bersalah selepas dituduh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini kerana menghasut di dalam sebuah ucapannya pada forum Pidato Rakyat 13 Mei lepas.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksima selama tiga tahun, atau didenda RM 5,000 atau kedua duanya sekali.

2. Polis hari ini menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Penyelaras Gerakan Asalkan Bukan Umno Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan ‘Suara Rakyat 505’ pada Sabtu ini.

3. Perunding patologi daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam mengesahkan bahawa tahanan polis N Dharmendran meninggal dunia akibat “kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan”.


Pengarang :