TERKINI : Pakatan Rakyat Menang Enam Kerusi DUN Selangor, Tambah DUN Dusun Tua dan DUN Bangi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Saiful Asraf

TERKINI : Pakatan Rakyat Menang Enam Kerusi DUN Selangor, Tambah DUN Dusun Tua dan DUN Bangi

 

Keputusan tidak rasmi mendapati calon Pakatan Razaly Hassan telah mengalahkan calon BN Ismail Sani dalam pertandingan untuk DUN Dusun Tua.

Manakala, calon Pakatan DUN Bangi Mohd Shafie Ngah juga mengalahkan Mohd Zaidi Md Zain dari BN.


Setakat ini Pakatan menguasai enam kerusi DUN.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pakatan Menang DUN Seri Andalas, DUN Sri Muda dan DUN Kota Alam Shah dan DUN Pelabuhan Klang.

Pakatan Rakyat telah mengekalkan DUN Sri Andalas, DUN Sri Muda dan DUN Kota Alam.

Di Seri Andalas, calon Pakatan Dr Xavier Jeyakumar mengalahkan Mohan Thangarasau dari BN dan tiga lagi calon bebas.

Di Sri Muda calon Pakatan Shuhaimi Shafiei mengalahkan Mohd Abdul Raof Mokhtar dari BN.

Di, DUN Kota Alam Shah calon Pakatan V Ganabathirau mengalahkan Maglin Dennis D Cruz dari BN dan dua calon bebas.

Di Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalahkan 18,473 Datuk Nassaruddin M Zin 15,345.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION