Walaupun Majoriti Undi Umno-BN, Sumbangan Wanita Masih Tidak Diikhttiraf | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Walaupun Majoriti Undi Umno-BN, Sumbangan Wanita Masih Tidak Diikhttiraf

wan azizah pakatan harapan wanita 02
SHAH ALAM 17 MEI : Bilangan kecil menteri dan timbalan menteri wanita dalam kabinet membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak atau enggan mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan negara.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Haniza Talha, berkata Najib tidak mengenang budi pengundi wanita walaupun tinjauan mendapati rata-rata mereka mengundi Umno-BN pada pilihanraya ke-13.

Dalam barisan jemaah menteri bagi penggal 2013-2015, hanya satu jawatan menteri penuh diberikan kepada wanita, daripada 30 kementerian yang ada.


Datuk Rohani Abdul Rakim dilantik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Manakala di peringkat timbalan menteri pula, hanya lima daripada 26 jawatan digalas wanita. MB Tahun Baru Cina EXCO 2013 01

Di Jabatan Perdana Menteri pula, hanya seorang wanita terpilih, daripada lapan menteri, iaitu Nancy Shukri.

Haniza berkata corak perlantikan ini jauh berbeza dengan pendekatan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di mana empat daripada 10 exconya terdiri daripada wanita.

Sebelum ini, portal The Malaysian Insider melaporkan tinjauan Merdeka Center mendapati golongan wanita secara umumnya lebih ramai mengundi Umno-BN berbanding golongan lelaki.

?Kalau wanita separuh daripada pengundi dan menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional, sudah tentulah lebih ramai suara wanita yang perlu ada dalam kabinet yang baru dilantik tapi ini tidak.?

Pada PRU13 lepas, 40 daripada 70 calon wanita Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen dan DUN.

“Dimana lagi mananya pimpinan wanita yang lain. Begitu banyak kementerian, tiada satu pun untuk wanita melainkan kementerian wanita yang diterajui oleh wanita.”

Haniza merupakan wanita pertama yang dilantik timbalan speaker dewan perundangan negeri di Malaysia.

Beliau juga memainkan peranan besar dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan negeri yang bertujuan memantau operasi kerajaan negeri.

wan azizah pakatan harapan wanita 03Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan sejak penggal 2008-2013.

“Kegagalan Barisan Nasional sehingga ke hari ini untuk memertabatkan wanita sudah terserlah. Walaupun sebelum ini mereka kata mereka mengiktiraf sumbangan wanita tapi cakap-cakap sahaja, tidak melalui tindakan mereka.”

Pakatan Rakyat komited untuk melibatkan lebih ramai wanita dalam pentadbiran negara, dengan rancangan kuota 30% dalam jawatan pengubal keputusan dikhususkan kepada wanita.

“Kementerian Hal Ehwal Wanita itupun kalau boleh lelaki pegang pun nak dibagi kepada lelaki. Disebabkan namanya pun Hal Ehwal Wanita, Alhamdulillah dapatlah satu kalau tidak saya rasa tidak merasalah wanita.?

Pada penggal lalu, Najib memangku jawatan menteri pembangunan wanita.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION