NASIONAL

Walaupun SPR Benarkan, Polis Tak Benarkan Ejen Calon Pantau Undi Awal

SPR garis kuning 01

PETALING JAYA 09 MEI : Tindak-tanduk polis menghalang ejen calon dari memantau peti undian awal yang berada di dalam simpanan polis dipersoalkan oleh PKR yang mendakwa tindakan tersebut amat mencurigakan.

Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini telah membenarkan ejen-ejen calon menjaga dan memantau peti-peti undi tersebut selama 24 jam dari hari buang undi awal sehingga ke hari pengundian pada 5 Mei.

Pendedahan tersebut adalah antara yang terbaru berhubung insiden-insiden yang mencurigakan sepanjang proses pengundian pililanraya ke-13 yang didakwa telah mencemar keputusan PRU 13.

Menurut Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, undi awal dilakukan lima hari sebelum hari mengundi awam pada 5 Mei. Kertas undi awal tersebut disimpan di dalam balai polis.

?Selama lima hari itu, seharusnya seperti yang dijanjikan pengerusi SPR semua agen-agen calon boleh melihat (dan) menjaga peti-peti undi selama 24 jam selama lima hari.

?Akan tetapi perkara ini tidak dibenarkan oleh ketua balai atau OCPD (Ketua Polis Daerah),” kata Fuziah pada satu sidang media semalam.

Turut mengundang tanda-tanya adalah peti undian awal dikurung bersama dakwat kekal serta kertas undi.

“Dalam satu sel terletak dakwat kekal, kertas undi dan juga tong undi awal. Jadi, apabila dibuka untuk keluarkan dakwat kekal dan kertas undi, maka tong undi awal boleh ditukar pada ketika itu.?

Beliau mendakwa telah pergi ke sebuah balai di Kuantan selepas memperolehi maklumat bahawa SPR akan membuka lokap yang disimpan tong peti undi awal itu. PKR Fuziah 01

Namun, Fuziah ditahan polis dan tidak dibenarkan masuk.

“Mereka tidak membenarkan saya untuk menyaksikan sel itu dibuka. Soalannya, apa yang sedang dilindungi oleh pihak polis?

?Kenapa calon tidak dibenarkan untuk menyaksikan sel dibuka? Kerana pada ketika itu, peti-peti undi itu amat-amat tidak selamat.”

Kejadian seperti ini difahamkan telah berlaku di seluruh Malaysia.

Menerusi keputusan undi awal, Pakatan Rakyat hanya memperolehi 10% sahaja berbanding 20 hingga 30% pada keputusan tahun 2008.

“Jadi disini kita lihat memang ini satu usaha yang terancang. SPR main wayang apabila kita meminta untuk memantauan 24jam.

?Apabila kita minta arahan bertulis, SPR tidak keluarkan arahan bertulis.

?Akhirnya, SPR beri kuasa kepada polis untuk menggunakan kuasa mereka sepenuhnya sebagai ketua balai untuk tidak membenarkan calon, wakil calon dan agen untuk dekat pun pada peti-peti undi.”

Di sidang akhbar yg sama, MP Batu, Tian Chua mendakwa semua kamera litar tertutup di balai polis yang terlibat dalam undian awal telah dikeluarkan.

Tian mempersoalkan perkara itu dan bimbang langkah itu untuk mengelak dari dibawakan kes-kes ini ke mahkamah.


Pengarang :