#Black505 : Himpunan Bersurai Anak Muda Tekad Berkhemah di Padang Merbok | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Saiful Asraf

#Black505 : Himpunan Bersurai Anak Muda Tekad Berkhemah di Padang Merbok

Laporan khas oleh Mohd Ezli Mashut dan Nazli Ibrahim

Foto oleh : Shuaib Ayob

black 505 berarak jalan tun perak 01


black505 22 june sogo logo 01

black505 22 june love country

black505 22 june girls 01

black505 sogo 11.30am

5.55 pm : Sekumpulan anak muda masih bertekad untuk mendirikan khemah di Padang Merbok sebagai simbolik bantahan terhadap ke-engganan pemimpin SPR untuk meletak jawatan.

Keputusan itu diambil walaupun pihak berkuasa telah merampas khemah yang mereka dirikan tadi.

Sementara itu penganjur #Black505 mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang turun ke Padang Merbok walaupun keadaan cuaca yang panas dan berjerebu.

Hadirin mula meninggalkan kawasan Padang Merbok.

Sebelum itu, di dalam ucapan beliau, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan mecadangkan nama mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi bagi mengembalikan kewibawaan Dewan Rakyat.

Manakalan Ketua Parlimen Lim Kit Siang berkata Pakatan dinafikan kemenangan di dalam PRU 13 disebabkan penipuan yang berlaku.

5.10 pm : Sekumpulan anak muda yang mendirikan khemah di Padang Merbok sebagai protes terhadap ke-engganan pemimpin SPR untuk meletak jawatan, telah diusir oleh pihak berkuasa.

Badarul Shaharin mengutuk tindakan tersebut yang juga melibatkan rampasan khemah dan berkata ia adalah satu penafian hak rakyat.

Badarul Shaharin juga menyeru orang ramai mempertahankan khemah-khemah yang akan didirikan.

Difahamkan khemah tersebut akan menempatkan aktivis yang akan duduk di situ sehingga tuntutan penambahbaikan pilihanraya ditunaikan Kerajaan Persekutuan.

Di dalam ucapannya, aktivis mahasiswa Safwan Anang berkata aktivis mahu gunakan Padang Merbok sebagai padang tuntutan rakya

5.00 PM : Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya tidak dirombak, Pakatan Rakyat tiada peluang yang saksama untuk menang di dalam pilihanraya.

Aktivis BERSIH Hishammuddin Rais pula berkata SPR harus menghentikan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

4.35 pm : MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata setakat ini, peserta himpunan Black505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur sudah mencecah 50,000.

Difahamkan kesemua perarakan daripada tujuh checkpoint sudah tiba di Padang Merbok.

Turut tiba, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Pemimpin Pas Kelantan Datuk Husam Musa didakwa ditahan polis.

Jam 4.15 : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shaharin mendakwa terdapat pemimpin Pakatan Rakyat yang telah ditahan di Kuala Lumpur dipercayai berkait dengan Himpunan #Black505.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan nama pemimpin tersebut.

Sementara itu, di dalam ucapannya, Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga berkata BERSIH menyokong perhimpunan ini kerana BERSIH juga menuntut ahli Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan berikutan PRU-13 yang penuh penipuan.

2.55 PM : Ucapan pemimpin Pakatan Rakyat bermula di Padang Merbok.

MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul mengalu-alukan kedatangan orang ramai dan mengucapankan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis kerana bekerjasama dengan penganjur.

“Tepukan gemuruh kepada DBKL,” kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

Manakala pemimpin PKR Johor Datuk Chua Jui Meng berkata dakwat kekal yang dicalit di jarinya selepas mengundi pada 5 Mei tanggal apabila dibasuh.

Pemimpin PR memberikan ucapan dari atas lori yang letakkan di kawasan pakir Padang Merbok.

Jam 2.35pm : Perarakan kira-kira lebih 2,000 perserta mula sampai ke Padang Merbok dengan didahului Unit Amal PAS.

TVSelangor difahamkan kumpulan ini merupakan perarakan dari check point Masjid Jamek.

Kelihatan berada dalam perarakan ini kumpulan Orang Asli Tapah Perak.

Turut bersama, Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail.

“Walaupun kita menang di Selangor, kita tetap bersama kerana ditipu di peringkat pusat,” kata beliau kepada TV Selangor

2.20 PM  : Orang ramai yang berkumpul di Padang Merbok sudah mencecah kira-kira 2,000 orang dan menantikan ketibaan perarakan dari tujuh lokasi.

Disebabkan keadaan cuaca yang panas orang ramai hanya memenuhi di kawasan tepi padang yang banyak terdapat pokok untuk berteduh.

Merek juga dinasihati meminum banyak air kosong berikutan keadaan cuaca berjerebu.

Sementara itu, sekitar 8,000 peserta dari Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman telah bergabung dan berarak ke Padang Merbok.

2.00 PM : Jumlah peserta yang berkumpul di depan pasaraya Sogo sudah mencecah 2,000 orang dan mereka masih menunggu isyarat daripada pimpinan Pakatan untuk mula berarak ke Padang Merbok.

Turut kelihatan MP Batu Tian Chua dan ADUN Rawang Gan Pei Nei.

Sementara memetik laporan sumber portal berita, hadirin yang berkumpul di Masjid Negara, Brickfields dan empat tempat yang lain sudah mula bergerak menuju ke Padang Merbok.
black505 22 june sultan sulu

1.30 PM : Suasana di Padang Merbok yang mula didatangi perserta perhimpunan #Blackout505 ketika ini kelihatan tenang.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 1,500 perserta perhimpunan di sini menantikan jam 2.00 petang di mana perarakan dari tujuh check point diketuai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan tiba.

Manakala keadaan lalulintas di  beberapa batang jalan menuju ke lokasi perhimpunan juga masih lancar.

Pihak polis juga meletakkan kon di sepanjang Jalan Parlimen bagi mengelakkan orang ramai meletakkan kenderaan di bahu jalan sekaligus menyebabkan kesesakan lalulintas.

Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika ini juga sudah menempatkan anggota-anggota mereka di beberapa lokasi startegik.

Bagaimanapun sehingga kini tiada kelihatan kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di sekitar Padang Merbok.

Sementara itu, jalan masuk ke Dataran Merdeka ketika ini pihak berkuasa bertindak meletakkan pagar sambil di kawal pihak polis.

black505 sogo 12.45pm

12.30 PM : Cuaca kering dan udara penuh dengan jerebu tidak menghalang orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat untuk mula berkumpul di sekitar Kuala Lumpur untuk perhimpunan Black505 hari ini.

Di hadapan pasaraya Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman, kelihatan kira-kira 350 peserta telah berkumpul untuk menanti masa untuk berarak ke Padang Merbok, lokasi akhir himpunan itu.

Mereka berada dalam keadaan meriah dan bersemangat walaupun cuaca terik.

Kira-kira 15 anggota polis juga kelihatan berdiri di persekitaran tangga duduk pasaraya itu untuk mengawal keselamatan.

Penganjur Black505, yang terdiri daripada NGO dan parti Pakatan Rakyat telah menetapkan tujuh lokasi berkumpul untuk para peserta sebelum mereka berjalan ke Padang Merbok.

Mereka dijangkakan akan mula berarak selepas solat Zohor.

Himpunan tersebut dianjurkan bagi membantah penipuan dan penyelewengan yang didakwa yang mengpengaruhi keputusan pilihanraya ke-13 pada Mei lalu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION