Blackout505: Kehadiran Cuma 50,000 Sebab Jerebu, Masih Dianggap Berjaya + video | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Blackout505: Kehadiran Cuma 50,000 Sebab Jerebu, Masih Dianggap Berjaya + video

black 505 crowd padang 01

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Kehadiran perserta perhimpunan aman #Blackout505 di Padang Merbok di sini masih dianggap berjaya, walaupun hanya mampu mengumpulkan sekitar 50,000 perserta perhimpunan berbanding siri perhimpunan sebelumnya.

Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, kehadiran 50,000 perserta tersebut sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat umum mengenai kecurangan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


“Pertama sekali kita kena faham, organisasi besar seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM) batalkan acara mereka dan pelbagai fakta termasuk berita mengenai jerebu dan sebagainya. tetapi apa yang lebih penting kehadiran hari ini sudah cukup.

“Atas pelbagai fakta kita rasakan kehadiran hari ini sudah cukup. OLYMPUS DIGITAL CAMERA

?Apa yang kita tengok hari ini yang lebih penting datang dari seluruh negara daripada paksi rakyat menyatakan sikap menolak keputusan pilihan raya ini,” kata Badrul Hisham ketika ditemui TV Selangor sejuruh selesai perhimpunan.

Menurut Badrul Hisham lagi, penganjur terpaksa mengambil keputusan meneruskan perhimpunan dalam keadaan cuaca berjerebu disebabkan kekangan hebahan media dan kesukaran menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Bila kita sudah war-warkan kita perlu adakan pada hari ini, kita sudah tidak ada pilihan selain meneruskannya.

“Lagipun kita mendapat nasihat mengenai bacaan sebenar kualiti udara, ia masih berada pada tahap yang membenarkan perhimpunan ini.

?Tetapi mungkin disebabkan ketakutan dengan perkembangan (jerebu) di beberapa tempat lain di seluruh negara, ada yang memilih cara lain menjalankan protes mereka,” ujar Badrul Hisham lagi.

Antaranya menurut Badrul Hisham, termasuklah kira-kira 86,000 pelayar internet yang mengikuti siaran langsung melalui satu laman web ketika acara count down #Blackout505 yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Terdahulu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan berkata, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika berkumpul di check point Brickfield, menggesa ibu bapa yang membawa anak kecil membatalkan hasrat untuk turut berhimpun berikutan keadaan cuaca yang berjerebu.

Sementara itu beberapa perserta perhimpunan yang ditemui pula berkata, ‘ancaman’ pihak berkuasa akan bertindak terhadap perserta perhimpuan turut menjadi faktor penyumbang kepada jumlah kehadiran perserta perhimpunan hari ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION