Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

Chegubard: Pendakwaan Ada Kaitan Dgn Politik Dalaman Umno – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 07052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu mengkaji semula kelulusan projek pembangunan di kawasan berhampiran Padang Jawa di sini di mana sebuah mini teater bakal diwujudkan di dalam kompleks perniagaan di situ.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa mengikut pelan asal pembangunan kompleks perniagaan di Alam Avenue 2 tersebut, tiada terdapat perancangan bagi pembinaan mini teater berkenaan.

2. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari berkenaan penganjuran Himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur MBPJ pada 25 Mei lalu.

Badrul Hisham atau dikenali CheguBard didakwa di bawah Akta Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum program tersebut berlangsung.


Pengarang :