Gavin Green Muncul Pemain Terbaik Negara Di Selangor Masters | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Gavin Green Muncul Pemain Terbaik Negara Di Selangor Masters

Selangor Masters 02

PETALING JAYA, 24 JUN: Pemain golf negara, Gavin Green semalam muncul pemain terbaik tempatan selepas menamatkan Kejuaraan Worldwide Holdings Selangor Masters dengan empat pukulan bawah par (68-69-70-73), lima pukulan di belakang juara kejohanan Pariya Junhasavasdikul dari Thailand.

Meskipun gagal menjuarai kejohanan ini, semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan Gavin mendapat pujian banyak pihak apabila beliau sendiri meminta dikenakan penalti ke atas dirinya di lubang 11.


?Di lubang 11, pukulan tee saya masuk ke dalam bunker dan saya memukulnya keluar sehingga jarak 10 kaki.

?Ketika hendak memukul bola, saya melihat ia bergolek ke belakang, tidak ada orang lain yang nampak, tetapi saya nampak. Ia adalah penalti, saya tidak teragak-agak mengakuinya,” kata berusia 19 tahun itu sejurus tamat kejohanan yang diadakan di Kelab Golf Seri Selangor di sini.

Gavin dalam kejohanan tersebut berjaya menduduki tempat ke enam keseluruhan.

Tempat kedua kejohanan dimenangi pemain dari India Anirban Lahiri dan ketiga Namchok Tantipokhakul dari Thailand.

Dalam kejohanan yang berlangsung dari 20 hingga 23 Jun itu, Pariya yang muncul juara dengan catatan 275 pukulan, lapan di bawah par membawa pulang hadiah wang tunai RM216,000.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Worldwide Holding dan PKNS atas penganjuran mereka,” kata Pariya selepas menerima hadiah piala dan hadiah wang tunai yang disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin.

Turut mengiringi Tengku Sulaiman dalam acara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco-exco Kerajaan Negeri.

Selangor Masters 01

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION