Ibu Tunggal Terima Nafkah BSK Tampung Perbelanjaan Keluarga | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Ibu Tunggal Terima Nafkah BSK Tampung Perbelanjaan Keluarga

BSK Selangor penerima 04

SHAH ALAM, 31 MEI : Seorang ibu tunggal tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas menerima bantuan pendahuluan nafkah daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor hari ini.

Azizah Yaacob, 36, yang memiliki empat cahaya mata berusia lingkungan lima hingga 13 tahun telah diberikan pendahuluan nafkah sejumlah RM 12,000 bagi tempoh enam bulan.


Menurutnya, beliau yang sudah berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2011 telah berulang kali membuat tuntutan nafkah daripada suaminya, namun ia tidak pernah diendahkan.

“Saya memohon nafkah sebelum bercerai lagi iaitu lingkungan tahun 2010. Bekas suami mempunyai perniagaan sendiri dan mahkamah telah perintah supaya beliau memberi nafkah sejumlah RM 4,050 kepada saya dan anak-anak.

“Namun perintah itu tidak pernah diendahkan malah beliau sendiri tidak pernah mengambil tahu perihal anak-anak kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran BSK Transit dan Penyerahan Pendahuluan Nafkah, pagi tadi.

Pendahluan nafkah itu diberikan oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan itu dalam satu majlis di Dewan Muktamar, di sini hari ini.BSK Selangor penerima 03

Azizah yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di Jabatan Kastam Selangor akan menggunakan bantuan tersebut untuk menanggung kos persekolahan anak-anaknya.

Sementara itu, Fatimah Jasmin Dawood Gani, 35, yang tidak mempunyai pekerjaan terpaksa hidup dalam kesusahan bersama lima orang anaknya yang berusia empat hingga 12 tahun.

Beliau terpaksa berhadapan situasi getir itu ekoran suaminya yang merupakan ahli perniagaan telah berkahwin lain dan tidak pulang ke rumah sejak tujuh bulan lalu.

Katanya, pihak mahkamah telah mengarahkan suaminya untuk membayar nafkah sejumlah RM 3,000 sebulan bagi menampung perbelanjaannya sekeluarga, namun tuntutan itu tidak dilaksanakan sehingga kini.

“Bantuan nafkah ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak nanti. Suami sudah lama tidak pulang ke rumah dan tidak menjenguk kami.

“Nafkah juga tidak diberi, sebaliknya beliau hanya membayar sewa rumah yang diduduki kami sekeluarga sekarang,” katanya yang turut menerima pendahuluan nafkah sejumlah RM 12,000 untuk tempoh enam bulan.

Sehingga kini, seramai 43 ibu tunggal di Selangor telah menerima bantuan nafkah BSK dengan melibatkan pembayaran sejumlah RM 153,050.

Pendahuluan nafkah ini adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal terutamanya ketika proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dilakukan Mahkamah Syariah.

Para penerima yang layak akan menerima bantuan pendahuluan nafkah tersebut selama enam bulan atau sehingga suatu tempoh lanjutan yang diluluskan oleh jawatankuasa yang dilantik khas.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION