Kerajaan Selangor Jaga Semua Komuniti Dan Agama | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Kerajaan Selangor Jaga Semua Komuniti Dan Agama

sambutan hari wesak 2013 02

SHAH ALAM 17 JUN : Kerajaan Selangor berjanji akan menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan agama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendekatan tersebut adalah penting memandangkan nisbah antara kaum Melayu dan bukan Melayu hampir sama.


“Kita akan tentukan setiap masyarakat Selongor yang berbeza kaum seperti penganut Buddha akan mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri supaya mereka dapat terus hidup dengan baik.

“Dalam tempoh lima tahun ini, kita akan mempertingkatkan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

sambutan hari wesak jun 2013 01“Oleh itu, adalah tanggungjawab bersama antara kaum untuk memperbetulkan mana yang kurang dalam usaha menjaga rakyat dengan baik,” katanya dalam ucapan perasmian di Sambutan Hari Wesak peringkat negeri, di Auditorium MBSA, di sini.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dan Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

sambutan hari wesak jun 2013 04Turut hadir Exco Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi dan Pengerusi Jawatankuasa pengelola Sambutan Hari Wesak, Loka Ng Sai Kai.

Selain itu, Abdul Khalid turut menyeru semua kaum supaya menghayati keamanan dan keharmonian dalam apa jua perkara.

“Saya mahu ingatkan kita perlu juga menghormati satu sama lain kerana menghormati satu sama lain akan memberikan kesaksamaan kepada semua kaum.

“Kesaksamaan itu adalah kekuatan. Kita juga kena prihatin dan bertanggungjawab dalam tugas kita dan kita warga kerja Selangor tidak terikat kepada agama, budaya dan ideologi politik,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION