MB Sedia Pertimbang Jawatan Perhubungan Politik Bagi PAS dan DAP | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

MB Sedia Pertimbang Jawatan Perhubungan Politik Bagi PAS dan DAP

Kejohanan Golf Etiqa International Junior Master 2013 02

KOTA DAMANSARA, 1 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia untuk mempertimbangkan  cadangan untuk jawatan perhubungan politik di negeri itu daripada pihak PAS dan DAP.

Kejohanan Golf Etiqa International Junior Master 2013 04
Kata Abdul Khalid, jika ada kalangan dari PAS dan DAP keupayaan untuk memegang jawatan itu maka beliau tidak keberatan untuk memberikan jawatan itu.


Kejohanan Golf Etiqa International Junior Master 2013 03

“Perkara ini saya ingat akan dibincangkan secara bersama dengan Pakatan Rakyat kerana kehadiran Datuk Saifuddin Nasution Ismail  ini adalah diasaskan kerana peluang untuk mendapatkan beliau sebagai perantara politik.

“Saya tahu beliau mempunyai waktu dan masa untuk tugas ini,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Hadiah dalam Kejohanan Golf Etiqa International Junior Master 2013 yang diadakan di Kelab Golaf Seri Selangor di sini.
Kejohanan Golf Etiqa International Junior Master 2013 01


Ujar Abdul Khalid, setiap anggota Exco yang dilantik akan bekerjasama dalam satu pasukan untuk membangunkan Selangor khususnya penumpuan kepada kawasan luar bandar dan masyarakat miskin.

Sebelum ini,  Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai “political liaison” atau pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor diusulkan semasa Kongres PKR Ke-9 baru-baru ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION