MPS Roboh Gerai Tiada Permit | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

MPS Roboh Gerai Tiada Permit

MPS roboh gerai 02

SELAYANG 13 JUN : Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah meroboh dan menyita 18 gerai yang tiada permit perniagaan di Batu Caves, di sini 7 Jun lalu.

Sebelum ini MPS telah menghantar notis kepada semua peniaga gerai tepi jalan di Jalan Samudera Utama, Taman Samudera, supaya mengosongkan kawasan itu sejak 2011.


Pengarah Penguatkuasa MPS, Azmi Ismail berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan merobohkan gerai dan merampas barangan perniagaan mereka kerana peniaga tidak mengendahkan notis.

Menurutnya, MPS telah memberi notis awal pada 16 dan 20 April 2011 di atas beberapa kesalahan dilakukan peniaga dengan harapan mereka mengosongkan kawasan berkenaan.

MPS roboh gerai 01Setelah notis awal itu tidak diendahkan MPS telah menghantar notis terakhir supaya peniaga tersebut mengosongkan kawasan itu dalam masa seminggu.

“Kes ini sudah terlalu lama. Kita mengambil tindakan sejak 2011 cuma ketika itu aduan diterima adalah kes kacau ganggu.

“Aduan diterima adalah bila mereka berniaga, pelanggan berhenti membeli barang makanan dan jalan jadi sesak. Maka tempat itu dilihat sudah tidak sesuai lagi untuk berniaga.

“Kalau dikatakan tiga tahun dulu mereka ada permit tetapi kerana ketidaksesuaian tempat itu maka kemungkinan besar permit itu ditarik balik,” katanya kepada TVSelangor.

Azmi berkata, perkara kesesakan tempat itu ditimbulkan di dalam mesyuarat majlis MPS dan tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah itu.

Beliau berkata, peniaga dicadangkan berjumpa dengan Ahli Majlis kawasan masing-masing untuk bantuan mencari kawasan sesuai untuk berniaga secara sah.

“Kalau nak berniaga, berniaga mengikut saluran yang diluluskan oleh MPS. Mereka kena memohon permit perniagaaan,” katanya.

Tinjauan di kawasan itu mendapati kalangan peniaga tidak berpuashati dengan tindakan dilakukan MPS.

Sebahagian peniaga mendakwa memilik permit manakala yang lain mengatakan tiada permit.

Seorang peniaga yang ditemui, Lidia Amiruddin, 48, berkata, dia berniaga nasi lemak di situ sejak enam tahun lalu tetapi hanya memperoleh permit untuk tiga tahun pertama.

Beliau mendakwa MPS pilih kasih dalam operasinya dan tidak merobohkan semua gerai tepi jalan yang berada di kawasan itu.

Seorang lagi peniaga bernama Azman Daud, 38, mendakwa MPS tidak mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing di kawasan itu yang di dakwa juga berniaga di tepi jalan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION