Penduduk Dinasihat Tidak Jual Rumah di Bukit Botak | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Penduduk Dinasihat Tidak Jual Rumah di Bukit Botak

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 01

SHAH ALAM, 5 JUN : Penduduk Bukit Botak yang berhasrat menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihat supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh ejen perumahan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri menerima laporan bahawa terdapat ejen yang bertemu dengan pembeli supaya rumah tersebut dijual kembali kepada orang ramai.


Katanya, perkara tesebut tersebar luas di laman web di mana ejen-ejen ini didapati mengiklankan kembali rumah di Bukit Botak untuk dijual di pasaran yang terbuka.

“Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu pembeli rumah dieksploitasi. Kami mendapat laporan bahawa rumah yang pada asalnya berharga RM99,000 kini diletakkan dalam pasaran sehingga RM290,000 sebuah,”katanya.

Tambahnya, selepas menyelesaikan dengan baik isu Bukit Botak, Kerajaan Negeri prihatin dan tidak mahu rakyat terus tertipu.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membantu penduduk yang benar-benar ingin menjual semula rumah tersebut.

Katanya, melalui cara itu penduduk tidak akan mudah ditipu oleh ejen perumahan tidak bertauliah dan penjualan rumah di kawasan itu dapat dikawal.

Projek rumah berkembar di Bukit Botak diambil alih pembinaannya pada September 2010 selepas Kerajaan Negeri mengambil alih projek terbengkalai ituselepas puluhan tahun gagal diselesaikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Bertempat di tanah seluas 165 ekar ia menempatkan sejumlah 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi unit standard.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION