Perbincangan Himpunan Black505 Buntu : Pakatan Tetap Turun Pada 22 Jun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Perbincangan Himpunan Black505 Buntu : Pakatan Tetap Turun Pada 22 Jun

Rafizi SACC black PKR

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Perhimpunan #Blackout505 tetap akan diadakan di Padang Merbok di sini walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak ingin bekerjasama dengan penganjurnya, kata MP Pandan Rafizi Ramli.

Rafizi berkata alternatif yang ditawarkan oleh DBKL, Stadium Merdeka, tidak sesuai untuk himpunan tersebut kerana ruangnya yang terhad.


Keputusan menolak tawaran ke Stadium Merdeka itu juga diambil setelah PR menimbangkan faktor keselamatan berikutan saiz himpunan yang tidak sesuai untuk kawasan tertutup.

Pada 12 Januari lalu, Stadium Merdeka gagal menampung kebanjiran lebih 100,000 perserta Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 112.

Keadaan sesak dan terbatas di stadium itu menyebabkan lebih separuh dari peserta gagal memasuki stadium.

Rafizi juga mendakwa alasan yang diberikan oleh DBKl untuk menolak permitaan penganjur himpunan tersebut sengaja diadakan.

“Pertama, Padang Merbok digunakan untuk aktiviti sukan ringan dan aktiviti sosial, kalau nak kira perhimpunan kita juga adalah satu aktiviti sosial.

“Kedua – lanskap, ketiga – sedang diusahakan untuk laluan basikal dan keempat – lalu lintas,” kata Rafizi selepas menghadiri mesyuarat bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib di menara DBKL pagi tadi.

Rafizi turut melahirkan rasa kecewa atas kegagalan DBKL untuk lebih bertolenrasi dengan PR memandangkan sebelum ini gagasan itu akur dengan kehendak DBKL agar tidak menggunakan Dataran Merdeka dan menukar tarikh perhimpunan dari 15 Jun ke 22 Jun.

Selain Rafizi dan Ahmad Phesal, turut sama menyertai mesyuarat yang berlangsung kira-kira 45 minit itu, MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ASP Zainuddin Ahmad, MP Bukit Bintang Fong Kui Lun dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION