PR Namakan Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

PR Namakan Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat

PR Namakan Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan

SHAH ALAM 12 JUN : Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penamaan Abdul Kadir sebagai Yang di-Pertua dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Negeri Selangor sebagai mewakili pendirian PR pada 10 Jun 2013.


“Satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

“PR bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik daripada kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat,” kata Anwar dalam kenyataan media.

Anwar berkata, Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yang selayaknya di mana beliau menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai jabatan, kementerian, negeri, suruhanjaya, kehakiman dan Majlis DiRaja Negeri.

Abdul Kadir bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2006, kemudiannya dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Serta anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dan Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu.

“PR berkeyakinan penuh bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap institusi Parlimen dan melonjakkan kewibawaannya di persada antarabangsa,” kata Anwar.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION