Pusat Snuker, Kafe Siber Tanpa Lesen Diserbu Kali Kedua | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Pusat Snuker, Kafe Siber Tanpa Lesen Diserbu Kali Kedua

MPK serbu snooker 02

KLANG, 7 JUN : Sebuah pusat snuker dan kafe siber yang dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar Jalan Meru, di sini diserbu serta disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu operasi yang diadakan petang semalam.

Serbuan yang disertai kira-kira 10 anggota penguatkuasa MPK itu turut berjaya membongkar kegiatan judi dalam talian yang terselindung di sebalik premis berkenaan.


Pengarah Peguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom ketika dihubungi berkata, premis itu sudah beberapa kali diserbu sebelum ini atas kesalahan yang sama, namun dikenalpasti menggunakan nama premis yang berlainan.

Menurutnya, antara peralatan yang dirampas ialah alatan snuker seperti kayu dan bola serta 23 buah komputer riba dengan nilai keseluruhan adalah sebanyak RM 30,000.

“Serbuan ke atas premis berkenaan dilakukan atas maklumat orang awam dan risikan anggota penguatkuasa sejak seminggu lalu di sekitar kawasan ini.

“Kita telah menyita premis berkenaan mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001) kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen dan boleh dikenakan denda sehingga RM 50,000,” katanya.

Manakala kafe siber yang menawarkan perkhidmatan judi dalam talian pula dikenakan tindakan mengikut Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007 atas kesalahan tidak mempunyai lesen dan boleh didenda sebanyak RM 2,000.

Katanya, semasa serbuan itu juga terdapat sekumpulan remaja yang leka bermain di situ.

Namun jelasnya, kesemua mereka dilepaskan selepas keterangan mereka diambil.

MPK serbu snooker 01

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION