Pelbagai

Ramai Exco Wanita Selangor Perkembangan Positif Politik Tanah Air

exco wanita selangor 2013 01

SHAH ALAM 3 JUN : Perlantikan empat wanita bagi portfolio penting dalam jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor atau exco, mendapat reaksi yang positif daripada khalayak umum.

Pakatan Rakyat Selangor sekali lagi mengorak langkah dengan mengisi empat daripada 10 jawatan exco Kerajaan Negeri dengan pemimpin wanita, menjadikannya pentadbiran negeri yang paling ramai wanita dalam jawatan pengubal keputusan.

Empat exco wanita tersebut adalah :

Rodziah Ismail (Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan), Elizabeth Wong (Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar) dan Dr Daroyah Alwi (Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi).

RATIMI WAN ISMAILBagi Ratini Wan Ismail, 27, perlantikan wakil wanita sebagai anggota penting dalam Kerajaan Negeri merupakan suatu perkembangan yang bagus dalam sistem politik tanah air.

“Itu satu perkembangan yang bagus, sekarang pun dalam sistem pendidikan banyak dipengaruhi oleh golongan wanita.

?Semoga ia menjadi suatu persaingan yang sihat diantara golongan lelaki dan wanita,” ujarnya ketika tinjauan TVSelangor hari ini.

NORAZIMAH MOHD RAISSementara itu, Norazimah Mohd Rais, 29, pula mengharapkan kepimpinan wanita di Selangor akan terus mendapat kepercayaan daripada rakyat untuk membangunkan negeri ini.

“Teruskan untuk mendapat kepercayaan daripada rakyat untuk membangunkan Selangor untuk lebih adil dan saksama, itu lebih penting,” ujarnya yang bekerja sebagai eksekutif syarikat swasta.

KOSHKINAH MUHAMMAD ALIManakala, Koshkinah Muhammad Ali, 42, berharap supaya dasar Kerajaan Negeri sepanjang lima tahun terdahulu dapat diteruskan agar lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaatnya.

“Kami memberi sokongan penuh kepada semua wakil wanita sebagai Exco Kerajaan Negeri yang dapat menyalurkan dasar Kerajaan kepada rakyat.

“Kalau YB Rodziah kali kedua, kita berterima kasih kerana banyak memberi bantuan kepada wanita dan miskin bandar. Kita harap untuk lima tahun akan datang akan ada lagi beberapa manfaat yang lebih kepada rakyat di negeri ini,” ujarnya.

 


Pengarang :