Selangorkini
NASIONAL

Rodziah : Wanita Desa Jadi Tumpuan Penggal Kedua

pusat wanita berdaya masakan 01

SHAH ALAM : Pembangunan wanita masyarakat desa akan menjadi satu objektif tambahan bagi Kerajaan Selangor sejajar dengan usahanya bagi menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar.

Exco Kebajikan dan Hal ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata beberapa program sedang dirancang bagi mengembelingkan tenaga wanita supaya mereka dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup di kawasan setempat.

Di samping it Kerajaan Negeri akan terus merancakan pembukaan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh negeri supaya golongan lepasan sekolah dan suri rumah dapat mempelajari kemahiran baru seperti menjahit dan memasak bagi meningkatkan hasil isi rumah mereka.

Tumpuan turut diberikan kepada golongan ibu tunggal, kata Rodziah, yang juga Adun Batu Tiga.

“Kita akan terus mengiatkan promosi penerangan supaya ibu tunggal yang tidak berdaftar dapat menyertai (program kerajaan negeri) dan mendapat manfaat,” ujarnya di dalam satu temurah bersama Selangorkini.

Rodziah berkata, peranan wanita dalam pembangunan negeri dikhtirafan Kerajaan Negeri dapat dilihat melalui perlantikan empat exco wanita dalam petadbiran negeri.

Beliau berkata, penglibatan 40 peratus tenaga wanita dalam pentadbiran negeri membuktikan kecemerlangan prestasi ditunjukkan yang seharusnya dibanggakan.

“Peranan wanita ini akan terus diperluaskan dari peringkat atasan hingga ke peringkat rendah yang mana akhirnya wujud pemahaman antara lelaki dan wanita dalam pembangunan masyarakat.

“Kita akan terus membela nasib wanita menerusi pelbagai bidang kerjaya supaya mereka mampu mencipta kerjaya dengan jaya bukan setakat dalam konteks jawatan tetapi ianya lebih meluas,” katanya.


Pengarang :