1,200 Penduduk Harap MDHS Lulus Bina Surau | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

1,200 Penduduk Harap MDHS Lulus Bina Surau

tamu hillpark minta surau 01

HULU SELANGOR 21 JULAI : Kira-kira 1,200 penduduk di Tamu Hill Fasa 2 Batang Kali di sini terpaksa berhimpit di dalam rumah teres satu tingkat ketika mengerjakan solat berjemaah kerana pihak berkuasa tempatan masih tidak meluluskan tapak surau bagi mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tamu Hill Park Fasa 2, Zaid Ariffin berkata penduduk mula menggunakan rumah untuk surau sementara sejak enam tahun lalu setelah pihak berkuasa dan pemaju enggan memberikan tapak yang sesuai untuk bangunan surau.


“Usaha kita sudah dimulakan sejak enam tahun lepas dan hasrat itu terhalang dengan tidak diberi kebenaran oleh beberapa pihak,” kata beliau ketika ditemui di surau sementara itu.

Surau sementara itu diwaqafkan oleh seorang penduduk dan ia diubahsuai untuk mengandungi ruangan solat manakala khemah dan tempat duduk didirikan tamu hillpark minta surau 03di  halamannya untuk acara kenduri.

Menurut Zaid, persatuan sudah memohon kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk kelulusan bagi menggunakan satu pertiga kawasan lapang di taman perumahan itu untuk bangunan surau.

Namun sehingga kini, tiada jawapan daripada Pihak Berkuasa Tempatan itu.

Ujarnya setiap kawasan perumahan perlu menyediakan tapak untuk pembinaan surau khususnya di kawasan yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Menurut Pengerusi Surau Sementara Tamu Hill Park Fasa 2, Jumali Johari berkata, kawasan di situ mempunyai 531 buah rumah dan lebih 80 peratus penduduk beragama Islam.

Tambahnya, masjid yang berdekatan adalah Masjid Utama Bandar Baru Batang Kali yang terletak lebih dua kilometer dari taman perumahan itu.

tamu hillpark minta surau 04Lokasinya menyukarkan penduduk khususnya warga emas dan wanita, untuk mengerjakan ibadah solat berjemaah.

“Penduduk di kawasan ini memang ramai yang menggunakan surau untuk aktiviti keagamaan bagi mengukuhkan hubungan erat sesama penduduk.

“Kita bimbang jika rumah ini diambil maka tiadalah surau di kawasan ini,” kata Jumali.

Seorang lagi penduduk, Mohd Zawawi Mustaffa berkata, beliau menggesa masalah permohonan mereka diselesaikan dengan segera.

“Kita mahu jawapan yang sebenarnya daripada pihak-pihak berkenaan, diharap permohonan daripada penduduk di sini agar dapat membina kawasan surau,” kata beliau.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION