30% Jadi Ahli Majlis PBT, Penghargaan Buat Wanita Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

30% Jadi Ahli Majlis PBT, Penghargaan Buat Wanita Selangor

rodziah pc green 20 jul 01

SHAH ALAM 26 JULAI : Dasar menetapkan 30 peratus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terdiri daripada wanita merupakan satu perhormatan kepada wanita di negeri ini.

Ia jugadiharap dapat menjadikan visi Selangor sebagai sebuah negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan sebagai satu kenyataan.


Menurut Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan media berkata dasar itu menjadi petanda yang utuh bagi memastikan kecemerlangan dalam penggemblengan sumber manusia di negeri ini dapat dipertingkatkan.

“Wanita Selangor yang layak kini tiada alasan untuk maju ke hadapan dalam mengisi ruang kepimpinan sebagai Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan.

“Proses pemilihan wajarlah berasaskan kelayakan yang meliputi pengetahuan dalam bidang pentadbiran, undang-undang yang berkaitan, pengolahan bajet dan isu-isu berkaitan rakyat,” ujar Rodziah yang juga Adun Batu Tiga.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Julai lalu memutuskan untuk mensyaratkan setiap PBT mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Majlis di kalangan wanita untuk penggal akan datang.

Ketetapan yang diangkat dari Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pemilihan Ahli Majlis itu akan memulakan sesi pemilihan baru pada 1 Januari tahun hadapan.

Sebelum ini, selama dua penggal berturut-turut, Kerajaan Negeri menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Exco adalah dari kalangan wanita.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION