SELANGOR

Adun Muda, Baru Menyerlah Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor

pc mb  hannah yeoh 8 jul 01

SHAH ALAM, 8 JULAI: Adun baru Selangor berjaya memainkan peranan besar dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini apabila golongan itu dilihat kerap mengambil bahagian ketika persidangan sedang berlangsung.

Menurut Speaker DNS, Hannah Yeoh, perkembangan tersebut merupakan satu perkembangan sihat bagi kemajuan demokrasi di Selangor dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Beliau juga berharap agar perkembagan ini dapat diteruskan samada di pihak Kerajaan Negeri mahupun pembangkang di Selangor.

“Persidang dewan kali ini telah berjalan dengan lancar selama enam hari bersidang. Kita telah bermesyuarat penuh. sebanyak 14 usul diluluskan, Jawatankuasa khas kita ada sembilan jawatankuasa yang kita tubuhkan.

“Saya gembira dengan penyertaan kedua-dua belah pihak. Kali ini juga kita dapat lihat ramai Adun muda dari kedua-dua belah pihak.

?Di sebelah BN kita dapat lihat Adun Dengkil, Sungai Panjang dan lain-lain dan sudah tentu juga Damansara Utama, Bukit Gasing dan ramai lagi yang mengambil bahagian ketika dewan bersidang,” kata Hannah Yeoh.

Adun lain yang dianggap menonjol dalam persidangan kali ini, Adun Paya Jaras (PAS), Mohd Khairuddin Othman, Tanjung Sepat (PAS), Mohd Haslin Hassan, Adun Kuala Kubu Bahru (DAP), Lee Kee Hiong.

Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim pula dalam sidang media sama turut mengucapkan tahniah kepada gandingan muda Hannah Yeoh dan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana berjaya mengendalikan perjalanan persidangan DNS dengan baik.


Pengarang :