Asnaf Ceria Dan Teruja Terima Sumbangan Sempena Ramadan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Asnaf Ceria Dan Teruja Terima Sumbangan Sempena Ramadan

tg amir buka puasa hulu selangor 15 jul 01

HULU SELANGOR 16 JULAI : Bulan Ramadan disambut dengan penuh syukur dan ceria oleh kira-kira 100 golongan asnaf Mualaf dan 141 orang anak yatim di sini yang menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Bagi asnaf mualaf, Ismail Abdullah, 43, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan sumbangan itu yang beliau rancang untuk gunakan semasa Hari Raya Aidilfitri.


tg amir buka puasa hulu selangor 15 jul 01 Ismail AbdullahKatanya pengalaman berpuasa pada kali pertama kira-kira tiga tahun lepas adalah meletihkan namun beliau kini sudah menyesuaikan diri dengan suasana berpuasa.

“Sumbangan ini sangat bagus untuk memudahkan perbelanjaan saya nanti,” kata beliau.

Manakala Mohd Ramli Sunnarena, 39, yang baru dua bulan memeluk Islam, beliau amat teruja berpuasa pada kali pertama walaupun pada hari pertama mengalami sakit perut.

Katanya, beliau tergerak hati untuk memeluk Islam kerana hampir keseluruhan keluarganya sudah memeluk Islam.

“Saya syukur kerana menerima hidayah Islam ini, ” kata beliau.

Sementara itu menurut Pegawai Agama Islam Hulu Selangor Mustaffa Abdullah, para mualaf perlu terus dibantu dan diberi sokongan secara berterusan agar dapat memantapkan iman mereka.

“Mualaf ini memang perlu dibantu dari masa ke semasa lebih-lebih lagi yang baru memasuki agama Islam kerana ada sebab-sebab tersendiri mereka memeluk agama Islam itu,” kata beliau.

tg amir buka puasa hulu selangor 15 jul 02 Mohd RamliSumbangan itu disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, fakir miskin dan mualaf di pekarangan Masjid Ubudiah Kerling di sini.

Pada majlis yang sama Tengku Amir Shah turut merasmikan masjid baru yang dinamakan Masjid Ubudiah Kerling yang berharga
RM 5.9 juta yang boleh memuatkan kira-kira 1,500 jemaah.

Turut mengiringi baginda Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dan Pengarah Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION