SELANGOR

BASE Lahirkan Generasi Berilmu dan Beramal Kepada Masyarakat

briged amal selangor halimah 21 jul 02

KLANG 21 JULAI : Berilmu, berdikari dan berkhidmat pada masyarakat.

Ini adalah antara teras yang diterapkan di dalam aktivis muda Briged Amal Selangor (BASE) supaya mereka menjadi insan yang berbakti kepada orang ramai samada dalam membantu golongan miskin mahupun mangsa banjir.

“Kita nak melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat iaitu mereka yang suka membantu dan boleh bekerjasama,? kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.

briged amal selangor halimah 21 jul 01Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Amal Ramadan BASE di Surau Muhajirin, Taman Sungai Sireh di sini hari ini.

Program tersebut disertai kira-kira 80 orang peserta terdiri dari remaja di taman perumahan itu dan kawasan sekitarnya.

Timbalan Pengarah BASE, Azraee Haron berkata, program itu meliputi bengkel motivasi dan agama kepada peserta yang dikendalikan pengajar jemputan.

Peserta diberi bimbingan dan pendedahan bermasyarakat supaya mereka berasa dekat dengan komuniti setempat selain punya semangat bergotong royong.

“BASE merancang menjalankan beberapa program bermula dari awal hingga akhir Ramadan ini. Pada hari ini kita jalankan dua program iaitu di sini dan Rantau Panjang manakala minggu depan di Jeram.

“Kita menghulurkan bantuan tenaga kepada masyarakat seperti tahun lalu di kawasan ini apabila berlaku banjir.

?Kita membantu mereka yang perlu dipindahkan, mendaftarkan mereka yang terlibat serta memberi bantuan lain kepada pihak berkuasa (ketika itu),” katanya ketika ditemui.

Azraee berkata, program dijalankan BASE mendapat sambutan membanggakan dan kerjasama semua pihak di Selangor.

Manakala Dr Halimah berkata BASE yang dimulakan sejak awal pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 menitikberatkan program pendidikan dari pelbagai aspek termasuk agama kepada peserta.

“Dari situ juga seseorang itu akan bersedia bertindak sebagai sukarelawan yang pasti membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara,? kata Dr Halimah.


Pengarang :