NASIONAL

Dr Halimah: Lebih RM 76 juta Diberi Kepada SAR, SJKC dan SJKT

halimah ali sekolah agama purple 01

SHAH ALAM 8 JULAI : Kerajaan Selangor telah menyalurkan bantuan lebih RM 76 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri sejak 2009 hingga Mei tahun ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Selangor memperuntukkan RM 16 juta setiap tahun dari Kerajaan Negeri kepada ketiga-tiga sekolah berkenaan.

Peruntukan tersebut, katanya, adalah sebanyak RM 6 juta masing-masing kepada SAR dan SJKC manakala RM 4 juta kepada SJKT.

Dr Halimah berkata daripada jumlah RM 76,276,467.80,
RM 30,227,772 telah diperuntukan kepada SAR, RM 26,505,000 kepada SJKC dan RM 19,543,695.80 kepada SJKT.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.


Pengarang :