NASIONAL SELANGOR

Iskandar : 19 Projek Perumahan Terbengkalai Akan Diselamatkan

iskandar speech red RMM 02

 

SHAH ALAM 8 JULAI : Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengenalpasti 19 projek perumahan terbengkalai di Selangor pada tahun ini yang berpotensi untuk dibaikpulihkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata, dari jumlah tersebut, pemaju penyelamat sedang menjalankan kerja baikpulih empat projek.

Manakala 15 yang lain sedang dalam proses perbincangan untuk tujuan sama dengan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT).

Katanya, biarpun pada dasarnya bidang kuasa terletak di bawah Kementerian Perumahan namun Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor.

Antara langkah yang diambil mewujudkan JPPT yang dianggotai Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar serta jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

“Kaedah lain adalah perbincangan berkala bersama semua jabatan teknikal dengan mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek itu disambung semula dengan kos tambahan kecil tanpa mengabaikan aspek keselamatan.?

Iskandar berkata demikian kepada pertanyaan diajukan Adun Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

“Yang seterusnya mengatur pertemuan dengn institusi kewangan sebagai pembiaya di samping perbincangan dengan Jabatan Insolvensi bagi pemaju bermasalah dengan LPHS bertindak mencadangkan projek untuk dipulihkan kepada pemaju penyelamat.”


Pengarang :