Kebersihan Daya Tarikan Pelabur Dan Pelancong Ke Shah Alam | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Kebersihan Daya Tarikan Pelabur Dan Pelancong Ke Shah Alam

mb-masak

SHAH ALAM 7 JULAI : Kebersihan dan keindahan Bandaraya Shah Alam merupakan antara tarikan utama pelancong dan pelabur asing untuk terus datang ke negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Shah Alam kini sudah menjadi bandaraya bertaraf antarabangsa dengan kehadiran ramai para pelabur luar negara yang membuat pelaburan besar di kawasan perindustrian di Shah Alam.


“Antara pelabur besar yang datangnya daripada China, Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan Eropah yang mempunyai kilang-kilang di sini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa Program Pelancaran Zon Bersih Majlis Bandaraya Shah Alam di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4 Shah Alam yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

mb-&-tongKatanya, kebersihan Bandaraya Shah Alam telah menarik minat pelbagai golongan masyarakat untuk mendiami kawasan di Shah Alam yang turut meningkatkan nilai komersil bandaraya itu.

“Program Jom Bersih ini diperluaskan supaya penyertaan masyarakat meningkat dalam aspek penjagaan kebersihan demi kesihatan,” kata beliau.

Katanya, pihak berkuasa tempatan disaran untuk mengkaji cadangan penggunaan teknologi moden dalam pembersihan kawasan agar gerak kerja pembersihan lebih pantas dan efektif.

Ujarnya lagi, sistem pembuangan sampah yang menggunakan kawasan luas sudah lagi tidak berkesan kerana negeri Selangor semakin kekurangan kawasan untuk tujuan itu.

Justeru, melalui penggunaan teknologi moden ini kelak maka masalah itu dapat di atasi disamping dapat memelihara alam sekitar dan kesihatan masyarakat sekeliling.

Sementara itu, Datuk Bandaraya Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, bagi 2013 pihak MBSA memilih Seksyen 2,3 dan 4 sebagai lokasi baru keempat pelaksanaan Program Zon Bersih.

Katanya, pihak MBSA akan mengambil inisiatif mengindahkan landskap di sekitar kawasan itu serta memastikan pangkasan pokok dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Pada tahun ini, penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap premis makanan akan dipertingkatkan bagi memastikan pengusaha makanan dan minuman mematuhi piawaian dan standart kebersihan,” kata beliau.

Dalam majlis itu, MBSA turut memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada surau di sekitar Seksyen 2,3 dan 4.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION