NASIONAL

MBPJ Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penutupan Longkang Tanpa Kebenaran

banjir grafik

PETALING JAYA 20 JULAI : Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik premis yang menutup longkang tanpa kebenaran daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ini kerana penutup-penutup longkang berkenaan menyebabkan air larian permukaan tidak dapat mengalir kedalam longkang dan mengakibatkan banjir dan jalan rosak.

Pengarah Kejuruteraan MBPJ, Ismail Shafie berkata bahagian penguatkuasaan MBPJ seringkali mengeluarkan amaran dan notis namun ada pemilik premis yang masih berdegil dan tidak ikut arahan.

Beliau berkata, penutupan longkang tanpa kebenaran ini juga menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Menurutnya, tindakan menutup longkang tanpa kebenaran adalah salah dan bertentangan dengan Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 46 (1) (B).

“Pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM500 bagi kesalahan pertama dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000 untuk kesalahan seterusnya,” katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat MBPJ.


Pengarang :