MBPJ Komited Selenggara Infrastruktur Dengan Baik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Saiful Asraf

MBPJ Komited Selenggara Infrastruktur Dengan Baik

ppr kota damansara 01

KOTA DAMANSARA, 2 JULAI : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memastikan semua infrastruktur di bawah seliannya diselenggara dengan baik bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

ppr kota damansara 02Ia susulan aduan penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara di sini yang meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyelenggara kerosakan penghadang besi di laluan hadapan kediaman mereka.


Aduan itu dibuat berikutan berlaku insiden Jun lalu apabila seorang kanak-kanak, Tinesh Raj Murally, 5, meninggal dunia dengan kecederaan parah setelah terjatuh daripada tingkat 14 melalui penghadang besi yang patah.

Sehubungan itu, pihak MBPJ dalam satu kenyataan berharap supaya semua pihak akan bekerjasama dengan pihak PBT demi memastikan segala infrastruktur dijaga dengan baik.

“Kami berharap semua lapisan masyarakat akan bekerjasama dengan PBT demi memastikan segala infrastruktur dijaga, bebas dari vandalisme serta mengawasi aktiviti anak-anak kecil setiap masa,” kata Unit Perhubungan Awam MBPJ dalam satu kenyataan media.

Pihak MBPJ turut meminta orang ramai untuk membuat sebarang aduan sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada kemudahan infrastruktur melalui emel atau menghubungi talian hotline.

ppr kota damansara 03Rakyat dijemput untuk membuat aduan segera melalui emel MBPJ iaitu aduan@mbpj.gov.my atau hubungi talian hotline 24 jam MBPJ, 03-79542020.

Kawasan perumahan kos rendah lebih 10 tahun itu kini mengalami pelbagai kerosakan termasuk penghadang besi di laluan hadapan rumah di hampir setiap tingkat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION