‘Racing Sampai Demam’ Tarik 5,000 Pengunjung Lumba Motor Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

‘Racing Sampai Demam’ Tarik 5,000 Pengunjung Lumba Motor Selangor

lumba motor selangor yunus hairi 01

SHAH ALAM, 29 JULAI : Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan pusingan pertama Kejohanan Perlumbaan Motosikal Selangor (SMR 2013) yang membuka tirai kejohanan musim ini mendapat sambutan hangat orang ramai terutama golongan belia.

Program yang berlangsung di tapak parkir Kompleks Sukan Kuala Selangor ini mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi serta pelincir rasmi SMR, Motul Malaysia.


lumba motor selangor yunus hairi 02Pengarah Perlumbaan SMR, Asmawi Askor dalam satu kenyataan berkata, bagi musim 2013, pihak penganjur melaksanakan beberapa pembaharuan status, format dan sistem perlumbaan antaranya menaiktaraf jemputan antarabangsa yang membenarkan penyertaan pelumba dari pasukan luar negara.

Selain itu, bilangan pusingan dalam sesi perlumbaan juga ditambah kepada 30 pusingan bagi tiga kategori ‘Standard Modified’ dan 33 pusingan bagi kategori ‘Marco Simoncelli Cup’.

Pihak pengajur turut menaikkan hadiah wang tunai kemenangan tertinggi iaitu RM1,700 untuk setiap kategori ‘Standard Modified’ dan RM2,500 untuk kategori ‘Marco Simoncelli Cup.

“Dengan menggunakan tema ‘Racing Sampai Demam’, ia berjaya menarik seramai 52 penyerataan dari seluruh negara terutamanya Negeri Selangor.

lumba motor selangor yunus hairi 03“Penyertaan perlumbaan ini sentiasa positif walaupun dua minggu berturut-turut sebelumnya berlangsung perlumbaan Malaysia Cup Prix dan Kejohanan Kapcai Endurance Kebangsaan,” katanya.

Tambahnya, pusingan kedua SMR akan diteruskan lagi pada 13 hingga 15 September nanti di lokasi sama dengan dijangka melebihi 100 penyertaan.

Pada kejuaraan pusingan pertama yang lalu, perlumbaan akhir kategori SR 130 4T dimenangi oleh pelumba muda, Muhammad Iqbal Amri Abd Malek, kategori SR 150 4T diungguli Zulsyafiz Rosli, kategori 150 2T pula dimenangi pelumba senior, Muhammad Kanafi Kamaruddin , manakala Muhammad Izzat Zaidi Salehan menjuarai kategori Marco Simoncelli Cup.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION