RM55 Juta Dibelanja Daripada RM300 Juta Geran Selangorku | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

RM55 Juta Dibelanja Daripada RM300 Juta Geran Selangorku

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 02

SHAH ALAM, 1 JULAI: Kerajaan Negeri sehingga kini sudah membelanjakan sebanyak lebih RM55 juta daripada RM300 juta yang diperuntukkan dalam Geran Selangorku.

Peruntukan bagi infrastruktur mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sejumlah lebih RM32.8.


Selain itu, sejumlah RM5.6 juta turut dibelanjakan di bawah geran infrastruktur sukan.

“Dengan adanya kemudahan infrastruktur lebih baik seperti kerja-kerja menaiktaraf jalan, longkang dan parit, pembinaan jambatan serta lampu jalan banyak membantu memberi kehidupan lebih selesa kepada rakyat.

“Selain menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna serta membantu mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda disebabkan keadaan longkang dan parit yang tidak diselenggara,”kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata demikina ketika menjawab soalan lisan Abdul Syukur Idrus(BN- Kuang)mengenai penggunaan Geran Selangorku dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menurut Abdul Khalid lagi, hampir 66.5 peratus (147 projek) daripada keseluruhan 221 projek infrastruktur melibatkan kerja penurapan jalan, 19.9 peratus (44 projek) kerja menaiktaraf longkang dan 4 peratus (9 projek) untuk mengadakan lampu jalan.

Projek lain yang dilaksanakan dalam Geran Selangorku, Pengukuhan Demokrasi dengan kos RM4 juta daripada jumlah peruntukan RM5 juta, Pemerkasaan Wanita RM3.4 juta daripada RM30 juta, Sokongan Pendidikan RM3 juta daripada RM30 juta dan 13 program lain.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION