SELANGOR

Sektor Pertanian Sumbang RM 326 Juta Pada Ekonomi Selangor

padi_sabak_01

SHAH ALAM 8 JULAI : Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi Selangor meningkat kepada RM 326 juta pada 2012, daripada RM 255 juta pada tahun 2011.

Exco Pertanian, Sallehen Mukhyi berkata sumbangan itu adalah daripada program Projek Pertanian Berkelompok, Tapak Pengeluaran Kekal Makanan (TPKM), program keusahawan dan tanah terbiar.

Ujarnya, Selangor juga telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor pertanian dengan mencatatkan beberapa kejayaan industri pertanian sejak lima tahun lepas.

“Ia melibatkan sumbangan daripada penghasilan padi, buah-buahan, sayur-sayuran, hortikultur, rempah ratus serta tanaman ladang serta produk hiliran berasaskan pertanian yang menghasilkan sejumlah RM 326 juta pada 2012.

“Manakala projek TPKM telah berjaya mengeluarkan hasil dan pendapaan tertinggi di Malaysia apabila berjumlah 26,000 metrik tan dengan sejumlah RM 31 juta,” kata Sallehen semasa Sidang DNS di sini.

Ujar beliau lagi, jelapang padi di Selangor telah berjaya mengeluarkan hasil padi yang tertinggi berbanding jelapang padi di negeri lain iaitu menghasilkan purata 6.1 metrik tan setiap hektar pada 2012.


Pengarang :