Selangor Akan Tolak TPPA Jika Ia Beri Kesan Buruk | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Lizawati Madfa

Selangor Akan Tolak TPPA Jika Ia Beri Kesan Buruk

Elizabeth Sidang DUN 02 jul 01

SHAH ALAM 4 JULAI : Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan NGO untuk mendesak Kerajaan Persekutuan supaya tidak menandatangani perjanjian perdagangan terbuka Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dengan Amerika Syarikat jika ia bersifat berat sebelah.

Exco Alam Sekitar dan Pelancongan, Elizabeth Wong berkata, beberapa perkara yang menimbulkan kerisauan adalah kerana perjanjian TPPA meliputi tanah, air dan sumber asli yang ditadbir Kerajaan Negeri.


Justeru, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama perunding TPPA untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dasar berkenaan jika ia ditandatangani kelak.

Menurut Elizabeth, Kerajaan Pusat berkemungkinan terpaksa membatalkan beberapa dasar dan syarat alam sekitar jika tidak menepati syarat yang ditetapkan menerusi TPPA.

“Saya dimaklum juga sebagai contoh kalau dasar-dasar dan syarat alam sekitar yang dibuat Kerajaan Negeri, kalau mereka (Kerajaan Pusat) tandatangani.

“Mungkin kita terpaksa membatalkan beberapa dasar-dasar dan syarat alam sekitar kalau mereka tidak menepati gred-gred yang disebut dalam TPPA,” ujarnya.

Elizabeth berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Isu TPPA mendapat perhatian serius Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa perjanjian itu akan memberi hak yang lebih kepada pelabur asing dan boleh memudaratkan kepentingan rakyat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION