Selangor Bakal Rampas Premis Yang Digunakan Pusat Urut Haram | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Selangor Bakal Rampas Premis Yang Digunakan Pusat Urut Haram

MPK turun iklan rumah urut 01 copy

SELAYANG 24 JULAI : Tindakan merampas dan melelong premis yang digunakan sebagai pusat urut haram bakal dilaksanakan Kerajaan Selangor bagi membanteras aktiviti itu.

Tindakan itu diharap menimbulkan rasa gerun kepada pemilik premis atau bangunan supaya tidak bersikap lepas tangan terhadap penyewa yang menyalahgunakan premis untuk aktiviti haram.


Bagaimanapun Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata Kerajaan akan meminta pandangan Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum ia dilaksanakan.

Teng berkata, undang-undang dan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan yang sedia ada, seperti menyita premis dan merampas barangan,
kurang berkesan dalam mengekang aktiviti tersebut.

Maka dengan itu, katanya, Kerajaan Negeri mahu mengenakan hukuman berbeza atau hukuman lebih keras bagi mengatasi masalah kewujudan pusat urut haram atau tanpa lesen di Selangor.

“Kita mungkin naikkan hukuman dengan rampas bangunan disewa oleh pengusaha atau dijalankan pemilik sendiri,” katanya,? dalam sidang media selepas majlis perjumpaan dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini baru-baru ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION