Selangor Perlu Larang Minuman Keras di Tempat Awam | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Selangor Perlu Larang Minuman Keras di Tempat Awam

xavier speech white 01

SHAH ALAM, 3 JUL : Sebuah enakmen melarang meminum minuman keras secara terbuka di tempat awam seperti taman permainan perlu dikuatkuasa Kerajaan Selangor bagi menjaga keharmonian penduduk dan mencegah gejala sosial.

Ini kerana menurut Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk yang merasa terganggu oleh aktiviti minuman keras oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar kawasan awam.


Menurutnya, enakmen itu telah digunapakai di beberapa negara luar seperti Canada, Australia, Finland, Hungary, Norway, Poland, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

“Enakmen melarang minuman keras di tempat awam ini perlu diluluskan dalam masa terdekat untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anggota polis bagi melaksanakannya.

“Saya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai orang yang minum di taman permainan hingga larut malam dan meninggalkan botol kosong berselerakan di tempat tersebut.

“Keadaan ini menyebabkan kacau ganggu kepada keharmonian penduduk setempat apabila mereka terdedah kepada bunyi bising dari kumpulan tersebut dari larut malam hingga awal pagi,” katanya ketika membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, di sini semalam.

Katanya, penguatkuasaan terhadap permohonan permit juga perlu diambil kira sekiranya terdapat permintaan daripada orang ramai untuk membawa minuman keras di tempat awam sewaktu majlis keraian.

Beliau turut meminta Kerajaan Negeri supaya menghalang penjualan minuman keras berharga murah yang boleh didapati dengan mudah di kedai runcit atau pasaraya seluruh negeri.

Ini kerana tegasnya, minuman keras dengan harga murah mempunyai kandungan alkohol yang tinggi dan berisiko untuk menjejaskan kesihatan dan membawa kepada masalah sosial.

Dalam pada itu, Dr Xavier turut mencadangkan supaya kilang-kilang yang menghasilkan minuman keras murah ini dihadkan operasi mereka kepada tiga tahun sahaja.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION