Selangor Tidak Naik Cukai Pintu Sejak 2008, Beri Diskaun 25 Peratus Pangsapuri Kos Rendah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Selangor Tidak Naik Cukai Pintu Sejak 2008, Beri Diskaun 25 Peratus Pangsapuri Kos Rendah

pangsapuri dengkil

SHAH ALAM, 3 JULAI: Pemilik pangsapuri kos rendah di Selangor sudah mula menikmati diskaun cukai pintu sebanyak 25 peratus yang mula dilaksanakan pada Penggal Kedua Cukai Taksiran Tahun 2012 (Julai-Disember 2012).

Menurut Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Datuk Teng Chan Khim, Kerajaan Negeri juga mengambil keputusan untuk tidak menaikan cukai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh lima tahun sejak 2008.


Selain itu, terdapat beberapa PBT di Selangor yang mengambil langkah menurunkan kadar cukai taksiran sebanyak dua peratus bagi kediaman strata seperti apartment dan kondominium.

“Penurunan dua peratus ini dibuat berikutan kemampuan kewangan yang kukuh seperti yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai kewangan kukuh,” kata beliau ketika menjawab soalan Adun Batang Kali Nadzari Ahmad Dahlan (BN) di dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Chan Khim turut menjelaskan, nilai diskaun yang diberikan 11 PBT seluruh Selangor berjumlah RM 6,893,124.82.

Jumlah diskaun tertinggi dicatatkan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mencatatkan diskaun berjumlah RM1,599,436 melibatkan 31,672 unit pangsapuri kos rendah.

Ini diikuti Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sebanyak RM1,209,190.20 melibatkan 38,387 unit pangsapuri kos rendah.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION