SELANGOR

Selangor Tidak Sekat Individu Isytihar Harta

khalid

SHAH ALAM 10 JULAI : Kerajaan Negeri tidak akan menyekat mana-mana individu yang mahu mengisytihar harta kepada awam samaada sebelum dan selepas menjawat sesuatu jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Cuma menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media ia  mungkin tidak sesuai untuk dilakukan dan pihaknya pihaknya berbeza pandangan  sama ada perlu untuk menghebahkan pengisytiharan itu kepada awam.

Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri menghargai keprihatinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu pengisytiharan harta anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Tetapi dalam masa yang sama pihaknya tidak menafikan kepentingan pengisytiharan harta bagi mengelak salah guna kuasa.

“Kerajaan Negeri komited dengan amalan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang memanipulasikan kuasa serta jawatan untuk kepentingan diri dan keluarga,”katanya.

Tambah Abdul Khalid, polisi di Selangor adalah jelas yang mana anggota Exco perlu mengisytiharkan kepada awam transaksi semua aset setelah menjawat jawatan dan maklumat aset ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa sekiranya  terdapat transaksi baharu melibatkan penjualan atau pembelian harta.

“Amalan ini memadai bagi memastikan tiada Exco menyalahgunakan kuasa sehingga menimbulkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) dalam mana-mana  transaksi pembelian atau penjualan harta itu,”katanya.


Pengarang :