Zairil Pertikai Kos RM6.6 Bilion Bekal Komputer Riba Chromebook Oleh YTL | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Zairil Pertikai Kos RM6.6 Bilion Bekal Komputer Riba Chromebook Oleh YTL

ZAIRIL-KHIR-JOHARI

SHAH ALAM 16 JULAI : Tindakan Kementerian Pendidikan membekalkan komputer riba Chromebook ke sekolah di bawah program ‘1Student 1Device’ melalui YTL Corporation Bhd (YTL) mengundang persoalan kerana ia dipercayai bakal menelan kos tinggi sehingga RM6.6 bilion.

Ahli Parlimen Buikit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, mengikut jawapan diberikan ketika pertanyaan di sidang Parlimen, kos dinyatakan itu meliputi jumlah keseluruhan melibatkan 5.5 juta murid di seluruh negara yang akan menerima komputer riba pada harga RM1,200 setiap unit di samping kos pelesenan dan penyelenggaraan.


Menurutnya, Kementerian Pelajaran boleh menjimatkan kos dengan membeli terus daripada pembekal, Samsung atau Acer berbanding menganugerahkan projek tersebut kepada YTL, syarikat bukan pengeluar dan pengedar komputer.

“Menurut garis panduan Kementerian, pembekalan Chromebook ke sekolah-sekolah akan dibekalkan sama ada Chromebook Samsung atau Chromebook Acer yang mana kedua-duanya dilengkapi dengan Wi-Fi.

“Semakkan awal saya pada harga runcit mendedahkan bahawa Samsung Chromebook dengan Wi-Fi dijual pada harga RM988 di Malaysia manakala unit dengan 4G dijual pada harga runcit RM1,299.

“Harga ini adalah lebih tinggi daripada kos unit yang sama di seluruh dunia, berdasarkan perbandingan yang saya lakukan iaitu Amerika Syarikat/Kanada (Acer C7 Wi-Fi (RM633), Samsung Wi-Fi (RM792)), Australia (Acer C7 Wi-Fi (RM952), Samsung Wi-Fi (RM1,111)) dan United Kingdom (Acer C7 Wi-Fi (RM943), Samsung Wi-Fi (RM1085)),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Buat permulaan, katanya, pembekalan komputer riba tersebut melibatkan tempahan awal 116,399 unit dengan kos RM139.6 juta.

Beliau mempertikaikan mengapa kementerian membayar RM1,200 untuk Samsung Wi-Fi apabila unit yang sama dijual hanya pada harga RM988?

“Malah pastinya kementerian akan mendapat diskaun yang besar dengan pesanan berjumlah 116,399 unit dan bakal membeli lagi 5.4 juta unit lebih sejajar dengan program ‘1Student 1Device’,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Zairil berkata, YTL dan anak syarikatnya turut diberikan projek lain yang menguntungkan kementerian iaitu pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi di bawah program 1BestariNet ke semua sekolah (RM663 juta bagi kontrak 2.5 tahun).

Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) untuk guru-guru, pelajar dan ibu bapa (RM250.5 juta untuk yuran pelesenan bagi suatu jangka masa tetap dan RM262.8 juta bagi kos pengurusan dan penyelenggaraan).

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION