SELANGOR

145 kakitangan MBPJ terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

mbpj

PETALING JAYA, 28 OGOS : Seramai 145 kakitangan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di atas prestasi cemerlang dan ketekunan dalam melaksanakan tugas.

Kesemua penerima diraikan di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2012 yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk  Mohammed Khusrin Munawi di Dewan Banquet MBPJ.

“Tugas penjawat awam yang paling utama ialah memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan dengan itu saya harap semua kakitangan di sini akan bekerja dengan lebih gigih dan ikhlas,” katanya.

mbpj 1Majlis turut dihadiri Datuk Bandar Petaling Jaya Datin Paduka Alinah Ahmad dan timbalannya Puasa Md Taib.

Seramai 129 kakitangan dari pelbagai jabatan antaranya Jabatan Khidmat Pengurusan; Jabatan Khidmat Pengurusan; Jabatan Perbendaharaan; Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; Jabatan Kejuruteraan; Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan dan Jabatan Perancangan dan Pembangunan telah dipilih untuk menerima anugerah.

Selain itu, ia turut melibatkan Jabatan Kawalan Bangunan; Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Awam; Unit Perundangan; Unit Perhubungan Awam dan Korporat; Unit Pesuruhjaya Bangunan dan Unit Pusat Setempat.

Manakala seramai 16 kakitangan yang akan bersara tahun ini diberikan penghargaan atas jasa bakti yang telah ditaburkan.


Pengarang :