Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

AES: Pemimpin BN tidak faham penderitaan rakyat

AES_Grafik_1

SHAH ALAM, 21 OGOS ? Rayuan rakyat agar kerajaan memansuhkan penggunaaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatic (AES) di ketepikan apabila Mesyuarat Majlis Ekonomi dan kajian maklum balas mengenai AES yang di pengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memutuskan ia di kekalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato? Mahfuz Omar berkata, ternyata kini Kerajaan Barisan Nasional begitu angkuh tanpa memikirkan penderitaan rakyat serta memperlihatkan wajah sebenar mereka selepas Pilihanraya Umum 13.

Walhal, sebelum PRU-13, rakyat di lunakkan dengan pelbagai keprihatinan terhadap sara hidup yang di hadapi rakyat.

?Hakikatnya inilah belang mereka dengan menekan kehidupan masyarakat dan rakyat dengan pelbagai peningkatan kos sara hidup,? ujar Mahfuz ketika di hubungi Tvselangor.

Beliau yang turut dukacita dengan pengumuman ini turut berkata, AES sekali lagi menjadi alat untuk memerah poket rakyat dalam menyelasaikan masalah ketidakcekapan pengurusan kewangan dan perolehan kewangan Negara.

?Saya amat sedih, rakyat tertipu dengan mainan politik kerajaan BN ini sebelum PRU13. Ketidakcekapan pengurusan dan perolehan kewangan Negara oleh mereka, yang menjadi mangsa adalah rakyat,? katanya.

Sementara itu, Ahli  Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata, beliau terkejut apabila di maklumkan AES dikekalkan sedangkan bantahan penggunaan sistem AES banyak di usulkan pelbagai pihak.

?Kita tidak pertikaikan AES adalah untuk mengurangkan kemalangan dan untuk rakyat lebih berhati-hati di jalan raya. Tapi yang menjadi tanda tanya dan pertikaian, saman tersebut harus menjadi milik kerajaan dan bukan di swastakan,? katanya kepada TVSelangor.

Tambah beliau, Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah penggunaan AES ini agar rakyat tidak akan terus di tekan oleh kerajaan BN.

?Terbukti selepas PRU13, semua yang rakyat tidak suka dan bantah, kembali dilaksanakan. PR akan teruskan bantahan ini,? ujar Sim.


Pengarang :