NASIONAL

DAP :Pemilihan semula CEC, 29 Sept

lim guan eng DAPKUALA LUMPUR, 23 OGOS: DAP menetapkan 29 September depan sebagai tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Pemilihan semula itu akan diadakan di Lembah Klang.Lapor Roketkini hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti juga memutuskan bahawa calon-calon untuk pemilihan semula CEC kali ini adalah daripada senarai yang sama seperti dalam Kongres Kebangsaan 2012 lalu.

?Keputusan mesyuarat kali ini adalah sebulat suara mengadakan pemilihan semula pada tarikh 29 September 2013, bertempat di Lembah Klang  dan ianya berkemungkinan berlangsung di Petaling Jaya. Kami akan putuskan lokasi tetapnya kemudian.

?Calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.

?Ini kerana tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon-calon dan ROS (Pendaftar Pertubuhan) juga menyatakan hanya pemilihan semula saja harus dibuat,? katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan menegaskan, perwakilan yang telah digantung atau dipecat selepas Kongres Kebangsaan 2012 turut layak mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini.

?Kami juga memutuskan untuk membenarkan perwakilan yang digantung atau dipecat mengambil bahagian, namun terpulang kepada mereka untuk ikut serta atau tidak,? ujarnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menyatakan bahawa DAP akan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan konvensyen negeri yang dijadual di antara Ogos dan Disember ini untuk memberi laluan kepada pemilihan semula CEC.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan Ketua Whip DAP, Anthony Loke dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kongres Khas tersebut manakala Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming sebagai Pegawai Pengurus Pemilihan dan sebuah firma perakaunan antarabangsa sebagi pemantau proses pengiraan.

Guan Eng turut mengulangi bahawa tindakan mengadakan pemilihan semula ini dilakukan di bawah bantahan untuk mengelakkan parti dari diharamkan ROS.

?ROS langsung tidak mahu bertemu dengan kami, mereka kini jelas terbukti merupakan alat UMNO.

?Walaupun kami memenuhi segala permintaan mereka dan menjawab kecurigaan pendaftar dengan sewajarnya.

Baru-baru ini, Anthony Loke telah mengemukakan bukti pemilihan CEC berjalan mengikut prosedur dengan menunjukkan bukti rekod kehadiran, tanda tangan serta notis, namun, sehingga sekarang tidak ada sebarang sebab dinyatakan ROS mengapa DAP perlu buat pemilihan semula,? katanya.


Pengarang :