Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

DAP: ROS jangan lagi cari helah?

Anthony-Loke

SHAH ALAM, 21 OGOS: Pendaftar pertubuhan (ROS) diharap tidak lagi mencari pelbagai alasan dan berhelah serta menyalahkan DAP disebabkan kenyataan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang khianat terhadap parti tersebut.

Menurut Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata tindakan pari tersebut untuk mengadakan pemilihan semula Jawatan kuasa Eksekutif Pusat (CEC) bertujuan mengelak dari parti tersebut dari dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.

“DAP akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan persediaan parti itu mengadakan pemilihan baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) nanti.

“Mesyuarat yang akan dihadiri kepimpinan tertinggi pusat DAP itu akan diadakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur esok.” kata Loke kepada TV Selangor hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata sebarang keputusan akan diumumkan dalam sidang media yang akan diadakan selepas mesyuarat itu nanti.

“Sidang media akan diadakan pada jam 7.00 petang esok selepas mesyuarat, sebarang perkembangan pemilihan CEC atau keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu nanti akan diumumkan,” kata Loke

Terdahulu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) ketika DAP dan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, mengumumkan pemilihan CEC DAP yang diadakan sebelumnya adalah tidak sah sekaligus menyebabkan parti itu berhadapan risiko diisytiharkan sebagai pertubuhan yang tidak sah.

ROS yang mengaitkan kononnya DAP tidak mengeluarkan notis pemberitahuan CEC yang sewajarnya sebagai alasan selepas itu turut mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula.

Ketika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta penjelasan ROS berhubung arahannya itu, ROS bertegas bahawa badan tersebut tidak perlu menyatakan sebab atau menyatakan peruntukan undang-undang dalam keputusannya mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

Sementara itu,  Pengerusi DAP, Karpal Singh pada sidang media minggu lalu menyatakan pemilihan CEC semula CEC akan diadakan pada awal November nanti.

-mza


Pengarang :