Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

Ibu Tunggal Menangis Terima Bantuan Raya Jom Shopping

Jom Shoping Raya 01

BATU CAVES, 1 OGOS: Peserta Program Jom Shopping Bantuan Raya memuji usaha Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang prihatin terhadap rakyat menjelang sambutan Aidil Fitri.

Bagi mereka bantuan RM100 dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan seperti mereka membuat persiapan menyambut hari raya.

 

Seorang ibu tunggal, Jom Shoping Raya 03Norbaya Ahmad, 63, dari Kampung Kerdas 5 yang menderita penyakit kanser payu dara sejak 13 tahun lalu amat bersyukur dengan bantuan ini

“Alhamdullilah, walaupun bantuan ini hanya RM100, tetapi dapat membantu saya buat persiapan menyambut Aidilfitri kali ini, maklumlah saya tidak lagi boleh berkerja lagi, tiada sumber pendapatan, suami dah meninggal dunia, anak pun tiada.

“Nasib baik kita mempunyai Kerajaan Negeri yang prihatin, terima kasih,” ujar Norbaya ketika ditemui TV Selangor dalam program yang diadakan di Pasaraya Giant Batu Caves di sini hari ini.

Pada masa ini Norbaya hanya bergantung harap kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sebanyak RM300 sebulan untuk menyara kehidupannya.

Jom Shoping Raya 02

“Sebelum ini saya kerja sebagai pengawal keselamatan, tetapi diberhentikan kerana usia sudah tua dan badan saya juga sering sakit-sakit,” beritahu Radiah Hassan, 62 , dari Batu 10, Gombak Utara ketika ditemui dalam program sama.

Bagaimanapun menurut Radiah, selain menerima bantuan JKM, beliau turut merupakan penerima bantuan raya daripada Lembaga Zakat Selangor.

Jom Shoping Raya 04Sementara itu, Bikiro Ellayali Uda Mat Deris,61,pula berkata, program seumpama ini wajar diteruskan bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

“Terima kasih kepada Menteri Besar kita yang ada sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, nampaknya dia dan Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh membantu rakyat negeri ini dalam pelbagai cara,” ujar Bikiro Ellayali yang mempunyai tanggungan seorang anak yang masih menuntut di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Pada masa ini beliau menyara kehidupannya sekeluarga dengan berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Sebelum itu, Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan memberitahu, pemilihan perserta program dibuat Ketua Kampung, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Ahli Majlis.

“Mereka sebagai ketua masyarakat memang mengetahui mana pihak yang memerlukan bantuan, seperti ibu tunggal, warga usia emas dan golongan kurang berkemampuan,” kata Hasbullah ketika merasmikan program dua hari bagi peringkat DUN Gombak Setia.

Menurut Hasbullah, seramai 500 orang perserta dipilih untuk menyertai Program Jom Shoping Bantuan Raya yang diadakan pada semalam dan hari ini bagi peringkat DUN Gombak Setia.


Pengarang :