SELANGOR

MB sampaikan anugerah integriti kepada Nik Aziz

DSC_0290

SHAH ALAM 25 OGOS: Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan Anugerah Khas Integriti kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai penghargaan terhadap pentadbirannya yang bersih dari rasuah

Anugerah itu disampaikan kepada anak Mursidul Am PAS itu, Nik Omar pada sambutan Hari Belia bertema Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam, malam tadi.

Nik Aziz-GrafikNik Aziz tidak dapat hadir berikutan kesihatannya uzur dan baru keluar hospital tetapi beliau menyampaikan rasa kesyukurannya melalui anaknya terhadap penganugerahan itu.

“Bapa saya menyatakan kesyukuran atas anugerah ini dan teruja dengan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,” kata Nik Omar.

Beliau berkata, bapanya bertekad menolak amalan rasuah dalam tempoh 23 tahun menerajui Kelantan dengan membuktikannya melalui tingkah laku dan cara pentadbiran.

“Cara kehidupan yang sederhana, kewarakannya, sifat zuhudnya. Setiap pagi ketika di pejabat bersolat sunat memohon kepada Allah supaya segala apa dilakukan mengikut jalan yang benar serta menjadi contoh kepada pihak lain.

“Biarpun ada kalanya menerima tohmahan daripada musuh politik namun dia tetap yakin dengan apa yang dilaksanakan hingga beroleh kejayaan,” katanya.

– FZL


Pengarang :