NASIONAL SELANGOR

Selangor anjur forum awam untuk laksana manifesto PRU13

khalid-dun-51

YAB Tan SriAbdul Khalid Ibrahim (KENYATAAN MEDIA)

SHAH ALAM 21 OGOS: Kerajaan Selangor akan menganjurkan forum bagi mendapatkan pandangan orang awam dalam melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat yang telah dilancarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Forum ini akan diadakan di peringkat pihak berkuasa tempatan yang mana wakil rakyat mengambil bahagian dalam perbincangan bersama orang awam yang diberi peluang menyuarakan pandangan bagi pelaksanan manifesto ini.

Sekretariat forum ini akan diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar. Kita menjangkakan forum ini akan bermula pertengahan September ini.

Maklum balas rakyat dalam forum ini akan dikumpulkan oleh setiap jawatankuasa tetap untuk digunakan dalam penyediaan Belanjawan 2014.

Kerajaan Selangor yakin dan percaya bahawa pandangan rakyat amat penting dalam memastikan semua polisi dan perancangan yang digariskan dalam manifesto itu menepati khalayak sasaran.

Pakatan Rakyat memandang serius tanggungjawab untuk menguruskan aset NEGERI dengan baik demi kepentingan rakyat dengan cara menggunakan hasil negeri untuk merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar kemiskinan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

*YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM – DATO? MENTERI BESAR
21 OGOS 2013


Pengarang :