SELANGOR

Anwar gesa Najib beri keterangan kepada RCI

anwar rci2KOTA KINABALU 20 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Datuk Seri Najib Razak turut tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Ketua Pembangkang itu, berkata kehadiran Najib itu perlu bagi merungkai persoalan yang menyelubungi projek IC yang berlaku zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kalau saya boleh hadir memberi keterangan di hadapan RCI, Najib sepatut melakukan perkara sama. Setidak-tidaknya kita boleh dengar dan bertanya setiap persoalan yang timbul.

“Kita beri ruang kepada rakan-rakan untuk menyatakan kebenaran, ruang ini perlu diambil Najib dan beliau boleh jelaskan, semua orang ingin dengar,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PKR Sabah semalam.

Beliau memberi keterangan selama dua jam di hadapan RCI di Komplek Mahkamah Kota Kinabalu.

Dalam keterangannya, Anwar dipetik Harakah Daily menafikan beliau terlibat dalam projek pemberian IC di Sabah sewaktu beliau berada di dalam kabinet.

“Saya usulkan tentang wujud task force (pasukan khas) di bawah MKN (Majlis Keselamatan Negara) yang menjalankan tugas ala-politik, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing untuk kepentingan politik,” katanya.


Pengarang :