SELANGOR

Bangunkan Majlis Sukan Daerah untuk kembalikan kegemilangan sukan

Sukan Selangor 01

SHAH ALAM 26 SEPT: Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) perlu mengaktifkan peranan Majlis Sukan Daerah (MSD) jika mahu mengembalikan kegemilangan sukan termasuk hoki di negeri ini.

Exco Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi, berkata pihaknya sudah berbincang dengan MSN bagi mencari beberapa penyelesaian.

?Antaranya, kalau Selangor mahu menjadi yang lebih baik dari segi kekuatan sukannya, kita kena bangunkan di peringkat MSD, tidak kira apa jenis sukan, kena berupaya lakukan.

?MSN perlu bersedia untuk mengalas tanggungjawab itu, bukannya melepaskan tanggungjawab kepada persatuan kerana kita tahu persatuan tiada peruntukan.

?MSN perlu bangunkan MSD untuk dapatkan atlet berkebolehan,? katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Kejohanan Hoki Asia di Kompleks Kebudayaan Belia dan Sukan di sini, malam tadi.

Yunus berkata, MSD perlu mencari pelajar dari sekolah rendah dan menengah untuk digilap supaya Selangor tidak ketandusan atlet berbakat.

Sukan Selangor 02

?Hoki wanita tidak menyerlah berbanding lelaki. Tidak seperti dulu, hoki sukan yang popular. Sekarang kita ketinggalan berbanding Korea dan Jepun. Jadi pembangunan hoki perlu dilaksanakan dari akar umbi,? katanya.

Selain itu, katanya, stadium hoki Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang dinaik taraf manakala stadium hoki Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam perbincangan untuk dinaik taraf. ?MBPJ sudah mengambil inisiatif manakala MPK dalam perbincangan dan mereka bersedia,? katanya. ? FZL


Pengarang :